Mamad: Bukan Nama Sebenar

Isnin, Julai 13, 2009

"Hoi, kau nak ikut tak kiteorang nak pergi karaoke ni?",tanya Atoi kepada Mamad.

"Aku malas lah. Tak layan aku benda-benda karaoke ni. Lagipun esok pagi-pagi aku nak pergi JB. Ada hal penting", kerek sahaja muka Mamad menjawab pertanyaan Atoi.

Ikut saja la. Tak seronok la kalau kau tak ada. Kau tak payah bayar. Nanti habis kita terus la balik. Jangan risau. Aku jamin kau takkan lambat pagi esok", terang seorang lagi rakan Mamad yang hanya mahu dikenali sebagai Din Supra sahaja.

Akhirnya Mamad mengikut sahaja kedua-dua rakannya itu ke tempat karaoke yang kita sendiri tak tahu di mana tempatnya. Di sana Atoi dan Din Supra sibuk menyanyi dari satu lagu ke satu lagu yang lain.

Bagi Mamad pula, dia hanya melihat sahaja kedua-dua rakannya itu menyanyi. Ada la satu dua lagu yang Mamad cuba nyanyi. Itu pun suaranya macam keluar tak keluar sahaja. Suara macam katak bawah tempurung.

Atoi dan Din Supra faham, Mamad tak biasa dan tak minat dengan karaoke.

Setelah puas mereka pun terus pulang ke rumah masing-masing. Pulang tanpa singgah minum-minum dahulu. Sesuatu yang amat jarang dipraktikan oleh kutu-kutu rayau yang suka merayap malam-malam minggu begini.

Keesokan pagi yang dah macam nak tengahari, Atoi mengajak Din Supra menemaninya ke kedai letrik sebab emaknya menyuruh Atoi membeli blender baru. Blender lama memang sudah rosak. Tengahari nanti emak Atoi nak masak special.

Setibanya di kedai letrik alangkah terperanjatnya mereka melihat Mamad berdiri terpacak di dalam kedai letrik. Seingat mereka Mamad kata dia hendak ke JB semalam.

"Kau buat apa dekat sini. Kan kau kata nak pergi JB semalam?", tanya Din Supra kepada Mamad.

"errrr... errrr... kejap lagi aku nak pergi la ni. Kan aku dah pakai baju lawa ni", jawab Mamad sambil pandang kiri kanan.

Mamad kelihatan seperti tidak keruan.

"Hello bos! Ini dia. Gua bagi lu mikrofon yang paling baik dekat kedai ni. Lepas ni gua gerenti lu mesti boleh masuk Akademi Fantasia punya lah", kata tokey kedai itu kepada Mamad sambil menghulurkan sebuah mikrofon kepada Mamad.

Atoi ajak Din Supra duduk gelak dekat kerusi yang disediakan tidak jauh dari situ.

31 Comments:

Encik Akmal said...

bapak malu ah mamad...
mesti dia cakap "org JB pesan beli mikrofon,kan"
mungkin mic kat JB habis ke...

mrblind said...

cilakak..mamad sekarang tentu dah jadi mawi kan?

Mr Final said...

Ahaks... bro.. musim AF dah lepas aaa

k.e.r.i. said...

bukan atoi ke yang masuk AF?

nurdaniella said...

salam sultan, haha.. makan hati si mamad tu rupanya.. baik nyer alasan semata2 tak nak gi karaoke..

::dazlaila:: said...

hahaha..
mcm2 la ko nih...

182 said...

heh x kental langsung mamad tu, ni belum bawak dia pegi tmpt bapok lg..mau ilang iman huhu..

citahrudin said...

cisss...pehal atoi x ajak aku join gelak sekali..
aku paling terer bab gelakkan org ni...

Redz da Tsar said...

mamad sekarang mesti dah nyanyi kat kenduri kawin, kan? Haha...

cujen said...

aku ade kawan nama atoi.... huhu

Hidemichi said...

bagila dia praktis dulu kat rumah...nnt kali kalau ajak dia mesti ON punya....apa-apa pun gelak dulu!wakakakakaka.

Firol said...

Konperm jadi artis...

Baby Tiger said...

eheheh terus beli mic!!

jasrina rahim said...

tak baik gelakkan mamad. biarlah dia beli mic. dia nak practice la tuh.

Seriy Amran said...

haha.
Din Supra tu sure cute juz like his name rite?

Lifesaver said...

dah buang tebiat la mamad tu

Chekgu BaniHassim said...

haha...
cover baik punye...

Bluesunshine said...

Kesian mamad...apalah nasib beliau selepas ini...
apa2 hal pun gelak dulu...
wakakaka!

Aku said...

""Atoi ajak Din Supra duduk gelak dekat kerusi yang disediakan tidak jauh dari situ""
Siap landing dlu tu nak kasi gelak...wakaka

ain fadzal said...

mik tu die nak convert mcm mik si fira mentor 3 tu.

aku rase la..

KaSiH said...

sora yg bermasalah kenapa pulak microfon yg dia pegi beli...kesian mamad...dia x cukup menggali lagi tu...kak ogy ckp kita kenek gali...

sultan said...

akmal:
kalau dia cakap sultan johor turun titah suruh beli mikrofon pun mampos tak ada siapa nak percaya. haha...

mrblind:
mawi? tak mungkin dulu kini dan selamanya. haha...

mr final:
dah lepas? aku tak sempat afundi siapa2 lagi ni. cisss...

keri:
atoi yang aku cerita ni mulut bau longkang. tak boleh masuk af. hihi...

nurdaniella:
w'salam... mamad nampak kerek tapi sebenarnya berhati tisu. haha...

dazz:
haha... tapi bukan macam2 aznil...

182:
tu la pasal. tak macam aku. iman kuat. bapok buka baju depan aku pun selamber tapak kaki kan...

citahrudin:
ah... aku tak percaya la kau terer gelak. tunjuk sijil dulu baru aku percaya...

redz da tsar:
kau jangan.... tak jadi orang nak kahwin dibuatnya nanti...

cujen:
mesti blender mak dia pun rosak kan. tidak syak lagi...

hidemichi:
haha... macam sial. aku pun gelak sekali la. muahahahahahahaha...

firol:
confirm! <-- sambil tepuk meja

baby tiger:
nasib baik dia tak terus masuk kelas menyanyi tu...

jasrina rahim:
tu la tak baik la diorg ni gelak2 kan mamad. cuba tengok aku ni. tak gelak pun...

seriy amran:
aah... cute. rasa nak tempeleng laju2 je pipi dia tu. haha...

lifesaver:
beli mikrofon. bukan buang tebiat. buang duit. haha...

chekgu banihassim:
otak ligat macam watson nyambek mamad tu...

bluesunshine:
haha... kau pun sama macam hidemichi. jom2... kita gelakan mamad...

aku:
gelak kat kerusi tak penat sangat. boleh la gelak lama sikit. haha...

ain fadzal:
senang sangat terpengaruh dengan benda2 tv mamad tu. dah macam budak2 pulak. haha...

kasih:
haha... ini mamad kalau nampak dek kak ogy memang habis la kena bilas...

alif-mikail said...

koi syak itu adalah mawee

kecik said...

muahaha.
mamad itu mawee.
ina naim nye mane?

@tune® said...

giler ah..
perasan nk mampos

~gUrL in pUrPle~ said...

kerusi yang disediakan untuk gelak? hihi...

Aku... Dia... Kamu.. said...

Aku terigat seorang member aku ni. Kes dia cam Mamad ni jugak. Memang x suka karok. Satu hari sebab kena paksa ngan kena tarik dia pun masuk gak lar pusat karok ni. Tapi yang paling best, time kitaorg tgh syok2 karok lagu2 rock...member aku ni bleh bantai tido. Kalau lagu jiwang boleh lar aku terima...ni lagu biru mata hitamku...Cam siput betul perangai!

13may said...

mamad...gua sokong lu!

:D

noharanutdya said...

haha
;D

CiterMenariK' said...

WAKAKAKA...

http://pudingjeli.blogspot.com/

Eireen Camelia said...

whathefish...? ini cerita benar ke cerita palsu wahai sultan? jika benar, aku membayangkan mamad ialah manusia stylish berbaju checkers dan berseluar boot cut